Sesi Temubual dan Penggambaran RTM dan BERNAMA TV bersama pelajar Pakej Remaja

11 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2022, telah berlangsungnya sesi temubual dan penggambaran bersama pelajar yang mendapat simkad percuma Pakej Remaja lingkungan umur 17 hingga 21 tahun di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tanjung Manis. Pakej ini adalah usaha kerajaan untuk memberi kemudahan kepada pelajar khususnya untuk mereka melakukan sesi pembelajaran secara atas talian PDPR.

Sesi temubual ini telah dilaksanakan oleh wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan BERNAMA TV. Sesi temubual ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka 3 ply dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali