Kuiz Permainan Atas Talian e-Learning (Youtube)

10 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2022, kuiz permainan secara atas talian e-Learning menggunakan aplikasi Youtube telah diadakan. Kuiz ini disertai oleh 2 orang pelajar SK Abg Buyuk, Jerijeh. Kuiz ini diadakan secara atas talian bagi menjawab soalan-soalan yang telah disediakan di kuiz permainan tersebut. Kuiz permainan ini bertujuan untuk menguji tahap kecerdasaan pelajar bagi menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.

Kuiz berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali