Sembang Santai MIVO 3 Sesi 5 – Sukarelawan Untuk Semua 2022
10 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 Julai 2022, Program Mivo 3: Sukarelawan Untuk Semua 2022 telah diadakan secara maya menggunakan medium aplikasi Zoom. Program berlansung selama 1 jam dari jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan dihadiri oleh sukarelawan MIVO 3 2022 yang telah mendaftar untuk sesi tersebut. Berikut maklumat ringkas aktiviti sukarelawan Program “MIVO 3: Sukarelawan untuk Semua 2022” yang bakal dilaksanakan :
- Kumpulan audiens sasaran: audiens media sosial (online) dan komuniti setempat (offline).
- Maklumat yang WAJIB disebarkan ialah mesej advokasi MCMC (dalam talian dan / atau luar talian) seperti berikut tetapi tidak terhad kepada:
- Klik Dengan Bijak (KDB)
- Child Online Protection ( Perlindungan Kanak-kanak dalam talian)
- E- Sisa
- Check Your Label (CYL)
- Sebenarnya.my
- Aktiviti sukarelawan boleh merangkumi tetapi tidak terhad kepada:
- Perkongsian maklumat melalui platform dalam talian atau luar talian dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
- Sukarelawan juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan mengikut keadaan semasa.
- Bimbingan / tunjuk ajar mengenai aplikasi dalam talian (cth: e-perbankan / e-bil / media sosial dll)
- Membantu komuniti setempat mengadaptasi kepada norma baru dengan menggunakan Teknologi
- Mempromosikan dan menggalakkan penggunaan e-perkhidmatan kerajaaan (cth: MySejahtera App, e-Census, e-Filing dll
Setiap program dan aktiviti yang akan dijalankan akan disertakan laporan dan dihantar ke SKMM untuk tujuan semakan dan simpanan. Pada Sembang Santai kali ini, wakil MCMC telah menerangkan kembali pengisian sesi pertama program yang telah dijalankan sebelum ini dan penerangan aktiviti yang akan dijalankan kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: