Kelas Asas ICT (Search Engine Optimization, SEO & YouTube

12 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Julai 2022, Kelas Asas ICT (Search Engine Optimization, SEO & YouTube telah dilaksanakan yang mana melibatkan 3 orang pelajar SK Abg Buyuk dari Kampung Jerijeh Baru. Peserta telah diajar untuk mencari sebarang maklumat berkaitan pelajaran dengan menggunakan Google (Search Engine Optimization, SEO) dan Youtube. Peserta juga diingatkan supaya hanya menggunakan komputer untuk mencari maklumat berkaitan dengan pelajaran sahaja. Setiap pelajar amat digalakkan ke PEDi untuk belajar ICT disamping meningkatkan pengetahuan dalam pelajaran seiring dengan saranan kerajaan untuk lebih mengetahui kaedah pembelajaran dalam talian.

Kelas berlangsung sekitar jam 11.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB), Cyber Grooming dan Perkongsian di Internet. Kesedaran dalam menggunakan media sosial adalah penting bagi mewujudkan pengguna yang berkhemah dan berdisiplin. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali