Asas ICT Google Meet

26 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mac 2022, kelas asas ICT aplikasi Google Meet telah dilaksanakan yang mana melibatkan seorang peserta dari Kampung Jerijeh bagi menghadiri Kursus atas talian Google Meet. Peserta telah diberi taklimat tentang asas ICT dan cara menggunakan aplikasi Google Meet. Semenjak pandemik Covid-19, aplikasi Google Meet ini amat penting untuk kita berkomunikasi secara jarak jauh lebih-lebih lagi melibatkan urusan pekerjaan. Kelas berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 2 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali