Ujian Permata UKM murid SK Abg Buyuk Jerijeh (eLearning)

24 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 April 2022 yang lepas, SK Abg Buyuk Jerijeh dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jerijeh telah mengadakan ujian secara atas talian UKM bagi murid tahun 4, 5 dan 6 (kumpulan 1) dari SK Abg Buyuk Jerijeh. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk menguji tahap pelajaran murid berdasarkan soalan yang telah disediakan di Laman Web UKM. Kemudahan yang serba lengkap di PEDi telah membantu melancarkan lagi sesi ujian ini. Diharapkan program seumpama ini dapat melahirkan murid yang lebih berilmu bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam dunia teknologi digital.

Sesi ujian ini berlangsung sekitar Jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sesi ini turut diselitkan dengan taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) dan Advokasi (E-waste) untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih dan cara menggunakan peralatan elektronik yang betul. Peserta adalah seramai 10 orang yang terdiri daripada murid SK Abg buyuk Jerijeh. Cikgu yang membimbing dan murid yang menyertai sesi ini turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali