Bengkel Pengurusan RT Daerah Tanjung Manis sesi 2

7 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mac 2022, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak (Bahagian Sarikei) telah mengadakan Bengkel Pengurusan RT Daerah Tanjung Manis bersama Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Daerah Tanjung Manis sesi 2. PEDi Kg Jerijeh amat menggalakkan aktiviti seperti ini dilakukan di PEDi Kg Jerijeh yang secara langsung dapat mempromosikan PEDi dan peranannya kepada komuniti setempat. Peserta telah diajar tentang buku tunai, menghasilkan minit mesyuarat dan cara untuk menggunakan portal Sistem Maklumat Perpaduan.

Program ini disertai seramai 13 orang peserta dari KRT Daerah Tanjung Manis dan bengkel telah dilaksanakan secara bergilir mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Program berlangsung sekitar jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali