Kelas Asas Microsoft Office Powerpoint

10 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Ogos 2022, Kelas Asas Microsoft Office Powerpoint telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Powerpoint serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint serta membuat slaid pembentangan tempat menarik di Sibu.

Kelas ini bermula sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam dan tamat pada sekitar pukul 12.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai seorang peserta daripada Kampung Sebayang. Peserta ini adalah seorang pelajar yang akan melanjutkan pengajian di UITM Kampus Mukah nanti.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali