Kelas Asas Microsoft Office Word
9 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 8 Ogos 2022, Kelas Asas Microsoft Office Word telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Word serta membuat latihan surat Rasmi.
Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 12.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai seorang peserta daripada Rumah Panjang Sebayang. Peserta adalah seorang pelajar yang akan melanjutkan pengajian di UITM Kampus Mukah.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: