Kelas Asas Microsoft Office Word

7 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Ogos 2022, Kelas Asas Microsoft Office Word telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menghasilkan gambar menggunakan tools (Shape) yang terdapat dalam Microsoft Office Word mengikut kreativiti masing-masing. Pada akhir kelas, staf menilai hasil kerja pelajar untuk diberi markah yang sesuai dengan mengambil kira penggunaan bentuk dan warna yang dihasilkan. Semoga kelas ini bermanfaat kepada pelajar yang terlibat bagi melahirkan pelajar yang celik ICT.

Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 2 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Terlebih Berkongsi dan Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 11.00 pagi. Kehadiran adalah seramai 3 orang peserta daripada pelajar tahun 4 dan 5 SK Abg Buyuk Jerijeh.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali