Bimbingan Asas Shopee
6 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 6 Julai 2022, kelas bimbingan asas Shopee telah diadakan di PEDi Kg Jerijeh. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing cara membangunkan akaun Shopee untuk tujuan pembelian di Shopee. Peserta turut di ajar juga bahagian yang perlu diisi dan dilengkapkan oleh pengguna sebelum membuat pembelian di platform Shopee. Peserta juga telah diajar langkah-langkah penggunaan Shopee untuk membuat pembelian produk. Sesi bimbingan ini telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Sesi bimbingan ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB), Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Semoga segala input daripada sesi ini dapat membantu komuniti setempat.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka (3 ply) dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: