Bimbingan Asas Shopee

7 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Februari 2022, kelas bimbingan asas Shopee telah diadakan di PEDi Kg Jerijeh. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing cara untuk membangunkan akaun Shopee untuk tujuan pembelian dan penjualan produk perniagaan usahawan yang menyertai kelas ini. Peserta turut di ajar juga bahagian yang perlu diisi dan dilengkapkan oleh pengguna sebelum membuat pembelian dan memulakan perniagaan di platform Shopee. Usahawan tersebut juga telah diajar langkah-langkah pengguna Shopee sekiranya untuk membuat pembelian produk. Sesi bimbingan ini telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Pada sesi bimbingan ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB), Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Semoga segala input daripada sesi ini dapat membantu komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka (3 ply) dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali