Kelas Asas Microsoft Office Powerpoint

6 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2022, Kelas Asas Microsoft Office Powerpoint telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Powerpoint serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint serta membuat tugasan menghasilkan slaid pembentangan.

Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 1.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 3 orang peserta daripada Rumah Panjang Semalau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali