Kemaskini akaun Bantuan (BKM)

4 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Januari 2022, 2 orang komuniti Kampung Jerijeh Baru telah berkunjung ke PEDi Kg Jerijeh untuk mendapatkan bimbingan untuk mengemaskini akaun Bantuan (BKM). Bantuan ini adalah inisiatif kerajaan dibawah bajet 2022 yang akan mengagih bantuan tunai secara langsung kepada kumpulan bersasar untuk isi rumah dan bujang M40, warga emas dan ibu bapa tunggal.

Bimbingan berlangsung sekitar jam 3.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali