Responsible Tourism Awareness – Jejak Digital Initiative

31 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Mac 2022, Lembaga Pelacongan Sarawak (Bahagian Sibu) telah mengadakan program Responsible Tourism Awareness – Jejak Digital Initiative bersama komuniti Kampung Jerijeh. Peserta telah diberi taklimat tentang kesedaran pelancongan yang bertanggungjawab. PEDi Kg Jerijeh amat menggalakkan aktiviti seperti ini dilakukan di PEDi Kg Jerijeh yang secara langsung dapat mempromosikan PEDi dan peranannya kepada komuniti setempat.

Program ini disertai seramai 8 orang peserta dari Kampung Jerijeh. Program berlangsung sekitar jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali