Seminar Memperkasa Budaya Keusahawanan anjuran Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) cawangan Mukah
31 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 30 Oktober 2022, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) cawangan Mukah telah mengadakan Seminar Memperkasa Budaya Keusahawanan yang bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Rajang. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing bagi meningkatkan pendapatan, taraf hidup, potensi diri, sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang maju dalam melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Antara yang diketengahkan adalah cara berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan bagi mewujudkan jalinan berkekalan antara peniaga dan pelanggan. Seorang usahawan perlu mempunyai nilai diri seperti rajin, komited, ilmu etika kerja yang tinggi, berani mencuba dan usaha yang tinggi untuk memajukan perniagaan yang dijalankan.
Program ini disertai oleh komuniti dari Zon Tanjung Manis. Program berlangsung sekitar jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: