Bimbingan Pengurusan Kewangan Persatuan
30 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 29 Januari 2022, bimbingan Pengurusan Kewangan Persatuan Usahawan dan Penjaja Tanjung Manis (PUPDTM) telah diadakan. Bimbingan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bagaimana untuk mengurus aliran masuk dan keluar kewangan dalam persatuan. Persatuan ini adalah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Pengurusan kewangan ini adalah penting bagi sesuatu persatuan untuk menggerakkan persatuan dan membuat penyata kewangan dengan rapi, teratur dan sistematik
Bimbingan yang berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), Penyebaran Maklumat Palsu. Bimbingan tamat pada sekitar pukul 12.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai seorang peserta daripada Kampung Rajang dan merupakan Pengerusi PUPDTM.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: