Forum GICT 2022 – Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia dalam Bidang STEM
28 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai 2022, telah berlangsung forum GICT 2022 yang bertajuk Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia dalam Bidang STEM. Forum ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membincangkan kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).
Sesi forum ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT 2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat. Forum ini bermula jam 2.00 petang hingga 4.30 petang melalui aplikasi Zoom dan FB Live.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: