Kursus latihan pengendalian makanan anjuran Syarikat NZ Bunga Venture (Training & Consultant)
28 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 November 2022, kursus latihan pengendalian makanan telah diadakan yang dikendalikan oleh Syarikat NZ Bunga Venture (Training & Consultant), dan merupakan sebuah syarikat yang diiktiraf dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada majikan, pekerja kedai makan dan usahawan sekitar PEDi untuk mendapatkan sijil pengendalian makanan bagi yang belum memiliki sijil terutamanya bagi usahawan yang mempunyai perniagaan berasaskan makanan. Kursus telah dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.
Sebelum sesi bermula, peserta turut diberi taklimat ringkas berkaitan dengan asas usahawan iaitu kaedah pemasaran dan seterusnya mempromosikan perkhidmatan PEDi yang sedia ada untuk dimanfaatkan sebaiknya. Sesi ini melibatkan seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada usahawan makanan, majikan dan pekerja kedai makanan Daerah Tanjung Manis. Semoga Kursus ini memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: