Bimbingan Belia Untuk Persediaan Temuduga

27 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2022, seorang belia dari Kampung Belawai telah berkunjung ke PEDi Kg Jerijeh untuk mendapatkan bimbingan dari segi persediaan dokumen sebelum menghadiri temuduga bagi jawatan Konstebal Polis Gred YA1 pada 27 Jun 2022 (Isnin). Peserta telah dibimbing untuk menyediakan dokumen yang diperlukan dan cara susunan mengikut urutan yang betul di dalam fail. Selain itu, peserta turut didedahkan tentang tatacara dan panduan apabila menghadiri temuduga

Bimbingan berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19..

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali