Kelas Asas ICT Facebook

26 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2022, Kelas Asas ICT Facebook telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Facebook serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk mencipta akaun Facebook dan cara menggunakan tools yang terdapat dalam Facebook.

Program yang berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 2 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 12.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 3 orang peserta daripada Kampung Semalau.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali