Bimbingan pendaftaran Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 2022

27 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2022 yang lepas, seramai seorang peserta yang terdiri belia Kampung Belawai telah menghadiri Taklimat keusahawanan untuk Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Jerijeh. Program TUBE merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan. Taklimat disampaikan sendiri oleh staf PEDi Kg Jerijeh.

Taklimat Advokasi juga diselit sebagai informasi tambahan kepada para peserta. Taklimat ringkas dan video berkaitan maklumat palsu ditayangkan semasa taklimat bagi memberi pendedahan tentang bahaya penyalahgunaan internet serta keselamatan pengguna oleh masyarakat pada hari ini.

Pada akhir sesi taklimat, para peserta telah diberi tunjuk ajar cara untuk mengisi borang TUBE secara online. Taklimat kekeusahawanan ini diharap berupaya membantu mereka dan berguna untuk mereka mendirikan perniagaan sendiri pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali