Pengemaskinian dan Pembukaan akaun Bank Rakyat Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Daerah Tanjung Manis
28 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 Februari 2022, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak (Bahagian Sarikei) telah mengadakan sesi bersama Bank Rakyat cawangan Sarikei bagi pememaskinian dan pembukaan akaun Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Daerah Tanjung Manis. PEDi Kg Jerijeh amat menggalakkan aktiviti seperti ini dilakukan di PEDi Kg Jerijeh yang secara langsung dapat mempromosikan PEDi dan peranannya kepada komuniti setempat. Turut diselit adalah taklimat tentang kesedaran komuniti berkaitan aktiviti penipuan (Scammer) yang sering berlaku pada kini. Taklimat ini telah disampaikan oleh En Yuhip bin Rabaie, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Cawangan Sarikei dengan kerjasama staf PEDi yang bertugas.
Program ini disertai seramai 20 orang peserta dari KRT Daerah Tanjung Manis. Program berlangsung sekitar jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: