Taklimat MARDI Agropreneur Muda

27 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Februari 2022, telah berlangsungnya Program Taklimat MARDI Agropreneur Muda di Dewan Masyarakat Kampung Rajang. Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian terhadap golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Tujuan utama program ini diwujudkan adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang sektor agromakanan yang merangkumi kesemua bidang di sepanjang rantaian nilai seperti tanaman, ternakan dan perikanan, serta industri makanan termasuk pemasaran, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian serta agropelancongan.

Program ini disertai seramai 50 orang usahawan yang berdaftar sebagai ahli Persatuan Usahawan dan Penjaja Daerah Tanjung Manis (PUPDTM). Program berlangsung sekitar jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali