E-Learning (Ujian secara atas talian pelajar IPTA)

25 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2022, seorang pelajar IPTA, UNIMAS telah dibimbing oleh staf yang bertugas untuk menduduki ujian secara atas talian bagi subjek Pengurusan Kewangan dalam Seni. Peserta telah diberi taklimat tentang asas ICT dan cara masuk kepautan link yang telah disediakan oleh pensyarah. Semenjak pandemik Covid-19, pelbagai urusan telah dilakukan secara atas talian lebih-lebih lagi yang melibatkan urusan pembelajaran.

Kelas berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup mulut dan hidung serta menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali