Asas Multimedia Software Unity Hub

24 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Februari 2022, kelas asas Multimedia Software Unity Hub telah dilaksanakan yang mana melibatkan 1 orang pelajar dari Kampung Jerijeh Baru. Peserta telah diberi taklimat tentang asas multimedia dan cara menggunakan software unity hub. Peserta diajar cara menggunakan tools yang terdapat dalam software unity hub dan membuat latihan individu.

Kelas berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali