Taklimat KDB, Advokasi & Asas Shopee bersama pelajar Giat Mara Tanjung Manis

24 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September 2022, seramai 6 orang pelajar dari Giat Mara Tanjung Manis telah menghadiri taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi serta pengenalan mengenai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Kg Jerijeh. Taklimat ini diadakan bagi memberi pengenalan berkaitan fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PEDi. Selain itu, taklimat berkaitan program Klik Dengan Bijak dan Advokasi diadakan bagi memberi pendedahan tentang disiplin penggunaan peralatan digital dan bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini. Selain itu, taklimat asas Shopee juga telah diadakan bagi membimbing peserta untuk mencipta akaun Shopee. Bagi urusan pembelian dan penjualan di platform Shopee.

Di samping itu, sesi soal jawab juga diselitkan semasa taklimat berjalan. Taklimat seperti ini diharap berupaya meningkatkan kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi pada masa kini serta memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berhati-hati apabila bekongsi maklumat peribadi mereka ke laman sosial. Selain itu, diharap pengenalan asas Shopee juga dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang cara penggunaan platform Shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali