Bimbingan Pengisian Borang Permohonan Bantuan Dun N41 Kuala Rajang

24 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 dan 23 Julai 2022, bimbingan pengisian Borang Permohonan Bantuan Dun N41 Kuala Rajang kepada dua orang usahawan Kampung Jerijeh Baru telah diadakan. Bimbingan ini adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengisi borang mengikut panduan yang telah disediakan oleh pihak Dun N41 Kuala Rajang. Pengisian borang ini adalah untuk memohon bantuan memohon bantuan peralatan dari pihak Dun N41 Kuala Rajang bagi usahawan yang telah menjalankan perniagaan disamping dapat meningkatkan produksi dan pendapatan usahawan.

Bimbingan yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), Penyebaran Maklumat Palsu. Bimbingan tamat pada sekitar jam 1.00 petang.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali