Kelas Canva (Resume)

24 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mei 2022, Kelas Aplikasi Canva telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan aplikasi Canva serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan aplikasi Canva untuk menghasilkan resume.

Program yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 2 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 4.00 petang. Kehadiran adalah seramai 2 orang peserta daripada rumah panjang Semalau.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali