Program sembang santai MIVO 4 : Sukarelawan Untuk Semua 2022

23 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Disember 2022, Program sembang santai MIVO 4 : Sukarelawan Untuk Semua 2022 telah diadakan secara maya menggunakan medium aplikasi Zoom. Program berlangsung selama 1 jam dari jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang dihadiri oleh sukarelawan MIVO 4 2022 yang telah mendaftar. Topik pada sembang santai ini adalah tentang bagaimana aktiviti sukarelawan membantu dalam perniagaan dan berkongsi serba sedikit tentang perkembangan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh Program MIVO sebelum ini.

Peserta turut diberi tunjuk ajar cara untuk menyiapkan laporan di akhir program ini nanti dalam Google Form yang telah disediakan. Setiap program dan aktiviti yang akan dijalankan akan disertakan laporan dan dihantar ke SKMM untuk tujuan semakan dan simpanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali