Aktiviti sempena bulan Kemerdekaan Malaysia ke-65 (Mewarna Bendera Malaysia)

22 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2022, aktiviti sempena bulan Kemerdekaan Malaysia ke-65 telah diadakan. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang sejarah kemerdekaan Malaysia bagi memperingati kemerdekaan negara kita. Peserta telah diberi tugasan untuk mewarna poster yang bertema Hari Kemerdekaan Malaysia 2022 mengikut kreativiti masing-masing. Pada akhir aktiviti ini, staf menilai hasil kerja peserta untuk diberi markah yang sesuai dengan mengambil kira kekemasan dan kreativiti yang dihasilkan. Semoga aktiviti ini bermanfaat kepada peserta yang terlibat bagi melahirkan generasi yang tahu tentang sejarah kemerdekaan negara kita.

Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 2 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas Klik Dengan Bijak (KDB), Penipuan Dalam Talian dan Cyber Grooming. Kelas tamat pada sekitar pukul 11.00 pagi. Kehadiran adalah seramai 4 orang peserta daripada pelajar SK Abg Buyuk Jerijeh.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali