Kelas Asas ICT (Smart Komputer)

22 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2022, kelas asas ICT Pengenalan Komputer telah dilaksanakan yang mana melibatkan 8 orang pelajar SK Abg Buyuk dari Kampung Jerijeh Baru. Peserta telah diajar untuk mengenali asas komponen-komponen komputer. Pendedahan ini adalah bertujuan untuk pelajar lebih mengetahui cara penggunaan dan fungsi setiap komponen komputer. Peserta juga diingatkan supaya hanya menggunakan komputer untuk mencari maklumat berkaitan dengan pelajaran sahaja. Semenjak situasi pandemik Covid-19, pelajar amat digalakkan ke PEDi untuk belajar ICT disamping meningkatkan pengetahuan dalam pelajaran seiring dengan saranan kerajaan untuk lebih mengetahui kaedah pembelajaran dalam talian.

Kelas berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 2 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan Advokasi, Check Your Label dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), Cyber Grooming. Kesedaran dalam menggunakan media sosial adalah penting bagi mewujudkan pengguna yang berkhemah dan berdisiplin.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali