Asas ICT Google Meet (Kelas atas talian pelajar IPTA)

21 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2022, bimbingan asas ICT aplikasi Google Meet telah dilaksanakan yang mana melibatkan 1 orang pelajar IPTA, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berasal dari Kampung Jerijeh Baru bagi menghadiri kelas secara atas talian. Peserta telah diberi taklimat tentang asas ICT dan cara menggunakan aplikasi Google Meet. Semenjak pandemik Covid-19, aplikasi Google Meet ini amat penting untuk kita berkomunikasi secara jarak jauh lebih-lebih lagi melibatkan urusan pembelajaran dan pekerjaan.

Kelas berlangsung sekitar jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, selama 4 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali