Training untuk Staf Pusat Ekonomi Digital

20 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 & 19 Mei 2022, telah berlangsungnya Staff Training Q2 2022 bagi 4 buah Pusat Ekonomi Digital yang tersenarai iaitu Pusat Ekonomi Digital Sebandi Ulu, Pusat Ekonomi Digital Kg. Jerijeh, Pusat Ekonomi Digital Kg. Bako dan Pusat Ekonomi Digital Braang Bayur secara maya melalui aplikasi Microsoft Team. Pihak Sprintz Designs (SD) telah melantik seorang Trainer yang berpengalaman iaitu Puan Cantiynia Anak Ringos dari Redtone untuk mengendalikan kursus pada kali ini. Tajuk kursus kali ini adalah Empowering Your Communication, Networking and Presentation Skills.

Kursus berlangsung selama 2 hari sekitar jam 1.30 petang hingga 5.30 petang dan berlangsung selama 8 jam ini turut diselitkan dengan latihan individu iaitu membuat perbentangan secara individu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali