Kelas Asas Microsoft Office Word (Membuat Jadual)

19 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 September 2022, Kelas Asas Microsoft Office Word telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsinya. Pelajar telah diajar cara membuat jadual waktu kelas menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Word.

Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 2 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 11.00 pagi. Kehadiran adalah seramai tiga orang pelajar daripada SK Abg Buyuk, Jerijeh.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali