Bimbingan peserta pengisian jawatan kosong secara atas talian

18 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Julai 2022 lepas, telah berlangsungnya sesi pengisian jawatan kosong secara atas talian dalam Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Peserta ini terdiri daripada seorang belia dari Kampung Jerijeh Baru. Pengisian jawatan kosong ini adalah berdasarkan kepada kekosongan yang diiklankan di Facebook dan hebahan umum. Peserta juga dibimbing oleh staf yang bertugas untuk mengedit semula resume mengikut data terkini pemohon.

Kelas berlangsung sekitar jam 3.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali