Kelas Asas Microsoft Office Excel

17 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2022, Kelas Asas Microsoft Office Excel telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Excel serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Excel serta membuat latihan membuat jadual kira-kira dengan memasukkan formula asas.

Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 12.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 2 orang peserta daripada Rumah Panjang Semalau.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali