Kelas ICT Asas Microsoft Office Word

18 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2022, kelas ICT Asas Microsoft Office Word telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat latihan individu kepada peserta.

Program yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas tamat pada sekitar pukul 3.00 petang. Kehadiran adalah seramai 1 orang peserta daripada Kampung Jerijeh Baru.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali