Kelas Asas ICT e-Learning

16 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Oktober 2022, Kelas Asas ICT e-Learning aktiviti origami telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan bagaimana menghasilkan bentuk bedasarkan toturial dari youtube. Peserta telah diberi bahan-bahan seperti kertas berwarna, gunting dan Magic Colour Pen. Pada akhir kelas, staf menilai hasil kerja pelajar untuk diberi markah yang sesuai dengan mengambil kira bentuk yang dihasilkan dan pengguna warna. Semoga kelas ini bermanfaat kepada pelajar yang terlibat bagi melahirkan pelajar yang celik ICT.

Program yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 2 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Terlebih Berkongsi dan Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 4.00 petang. Kehadiran adalah seramai 5 orang peserta daripada pelajar tahun 4 dan 5 SK Abg Buyuk Jerijeh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali