Bimbingan Mengemaskini Shopee dan Facebook Page

16 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2022, kelas bimbingan asas Shopee telah diadakan di PEDi Kg Jerijeh. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing cara untuk mengemaskini akaun Shopee dan membangunkan akaun Facebook Page untuk penjualan produk perniagaan usahawan. Peserta turut di ajar juga bahagian yang perlu diisi dan dilengkapkan oleh pengguna sebelum membuat pembelian dan memulakan perniagaan Facebook Page Sesi bimbingan ini telah berlangsung selama 1 jam dari pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Pada sesi bimbingan ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB), Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Semoga segala input daripada sesi ini dapat membantu komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka (3 ply) dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali