Program sembang santai Mivo 2: Sukarelawan Untuk Semua 2 2022

14 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2022, Program sembang santai Mivo 2: Sukarelawan Untuk Semua 2 2022 telah diadakan secara maya menggunakan medium aplikasi Zoom. Program berlangsung selama 1 jam dari jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan dihadiri oleh 10 sukarelawan MIVO 2 2022 yang telah mendaftar. Pada sembang santai kali ini, setiap peserta diberi peluang untuk memperkenalkan diri dan berkongsi serba sedikit tentang perkembangan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh Program MIVO sebelum ini.

Peserta turut diberi tunjuk ajar cara untuk menyiapkan laporan di akhir program ini nanti dalam Google Form yang telah disediakan. Setiap program dan aktiviti yang akan dijalankan akan disertakan laporan dan dihantar ke SKMM untuk tujuan semakan dan simpanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali