Kelas Canva dan Tiktok Shop

12 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2022, seramai seorang guru dan 5 orang pelajar dari Giat Mara Tanjung Manis telah menyertai kelas Canva dan Tiktok Shop yang telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Kg Jerijeh. Kelas ini adalah satu usaha PEDi Kampung Jerijeh untuk menyampaikan ilmu Asas ICT kepada pelajar Giat Mara Tanjung Manis untuk mereka aplikasikan dalam perniagaan mereka nanti. Semua pelajar yang menyertai adalah pelajar jurusan menjahit. Pelajar diajar untuk membuka akaun Canva dan Tiktok Shop. Staf yang bertugas telah menerangkan tools yang terdapat dalam aplikasi ini dan cara untuk mengunakannya. Setiap peserta telah berjaya untuk menghasilkan akaun Canva dan Tiktok Shop secara individu.

Di samping itu, sesi soal jawab juga diselitkan semasa kelas berjalan. Pada awal kelas, staf yang bertugas telah menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB), Maklumat Palsu yang diharap berupaya meningkatkan kesedaran peserta terhadap penggunaan teknologi pada masa kini serta memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berhati-hati apabila bekongsi maklumat peribadi mereka ke laman sosial. Selain itu, diharap kelas seperti ini dapat melahirkan usahawan yang berjaya dan mampu meningkatkan tahap pendapat usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali