Kunjungan YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak ke PEDi Kg Jerijeh

11 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2022, Pusat Ekonomi Digital PEDi Kg Jerijeh telah menerima kunjungan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Pembangunan Bandar Dan Sumber Asli ll dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak. Turut mengiringi adalah Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Adun N41 Kuala Rajang serta Tuan Ir Haji Yusuf Haji Abd Wahab yang merupakan Calon No.1 GPS Parlimen P206 Tanjong Manis.

Turut hadir ialah oleh YB Datuk Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, En Dzulkornain Masron, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian & Pembangunan Usahawan Sarawak, Pn Petrone Benedict Sunggoh, Wakil Residen Sarikei , En. Ismail Bin Kasah, Pemangku Pegawai Daerah Tanjung Manis,peserta-peserta dan warga tempatan.

Kunjungan ini adalah sempena Majlis Perasmian Kursus Penjenamaan Dan Pembungkusan Produk di Dewan Masyarakat Kampung Jerijeh anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED). Program ini telah disertai 50 orang usahawan dari sekitar Zon Tanjung Manis dan telah berlansung selama 2 hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali