Program MIVO 3 – Sukarelawan Untuk Semua 2022
12 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jun 2022, Program Mivo: Sukarelawan Untuk Semua 2022 telah diadakan secara maya menggunakan medium aplikasi Zoom. Program berlansung selama 4 jam dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan dihadiri oleh sukarelawan MIVO 3 2022 yang telah mendaftar. Berikut maklumat ringkas aktiviti sukarelawan Program “MIVO: Sukarelawan untuk Semua 2021” yang bakal dilaksanakan :
1. Kumpulan audiens sasaran: audiens media sosial (online) dan komuniti setempat (offline).
2. Maklumat yang WAJIB disebarkan ialah mesej advokasi MCMC (dalam talian dan / atau luar talian) seperti berikut tetapi tidak terhad kepada:
- Klik Dengan Bijak (KDB)
- Child Online Protection ( Perlindungan Kanak-kanak dalam talian)
- E- Sisa
- Check Your Label (CYL)
- Sebenarnya.my
- Perkongsian maklumat melalui platform dalam talian atau luar talian dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
- Sukarelawan juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan mengikut keadaan semasa.
- Bimbingan / tunjuk ajar mengenai aplikasi dalam talian (cth: e-perbankan / e-bil / media sosial dll)
- Membantu komuniti setempat mengadaptasi kepada norma baru dengan menggunakan Teknologi
- Mempromosikan dan menggalakkan penggunaan e-perkhidmatan kerajaaan (cth: MySejahtera App, e-Census, e-Filing dll
Setiap program dan aktiviti yang akan dijalankan akan disertakan laporan dan dihantar ke SKMM untuk tujuan semakan dan simpanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: