Asas ICT e-Learning (Ulangkaji pelajaran pelajar STPM)

11 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2022, bimbingan asas ICT e-learning telah dilaksanakan yang mana melibatkan 1 orang pelajar dari SMK Sungai Paoh, Sarikei yang berasal dari Kampung Jerijeh Baru bagi menghadiri kelas secara atas talian. Peserta telah diberi taklimat tentang asas ICT dan cara menggunakan carian Google untuk mencari maklumat dalam Website.

Bimbingan berlangsung sekitar jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, selama 3 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali