Bimbingan Pengisian Borang PUTERA (SEDC)

11 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 April 2022, bimbingan pengisian Borang PUTERA (SEDC) kepada dua orang ahli Persatuan Usahawan dan Penjaja Tanjung Manis (PUPDTM) telah diadakan. Bimbingan ini adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengisi borang mengikut panduan yang telah disediakan oleh pihak SEDC. Pengisian borang ini adalah untuk memohon bantuan memohon bantuan peralatan dari pihak SEDC bagi perniaga yang telah menjalankan perniagaan disamping dapat meningkatkan produksi dan pendapatan usahawan.

Bimbingan yang berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), Penyebaran Maklumat Palsu. Bimbingan tamat pada sekitar jam 11.00 pagi.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali