Asas website Zoom Meeting

21 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mac 2021, kelas asas website aplikasi Zoom Meeting telah dilaksanakan secara online melalui Aplikasi ZOOM yang mana melibatkan 1 orang peserta dari Kampung Jerijeh Baru. Peserta telah diberi taklimat oleh staf PIK tentang asas website dan cara menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Taklimat adalah mengenai pembudayaan norma baru dalam komunit secara maya anjurn KOSPEN. Semenjak pandemik Covid-19, aplikasi Zoom ini amat penting untuk kita berkomunikasi secara jarak jauh lebih-lebih lagi melibatkan urusan pekerjaan.

Kelas berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 2 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali