Kelas Microsoft Office Word dan Website

24 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2021, program Kelas ICT Microsoft Office Word dan Website telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya serta asas Website untuk mencari logo yang diperlukan. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat tugasan laporan latihan industri mereka.

Program yang berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 2 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 12:00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 2 orang peserta pelajar dari UKM cawangan Kuching. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali