Asas Website bersama peserta Pengisian Jawatan Kosong

6 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Februari 2021 lepas, telah berlangsungnya sesi pengisian jawatan kosong secara kaedah manual dengan mengisi borang yang telah dimuat turun dari PDF dokumen. Peserta ini terdiri daripada penduduk Kampung Rajang. Seramai 1 orang peserta yang telah hadir. Pengisian jawatan kosong ini adalah berdasarkan kepada kekosongan yang diiklankan di Facebook dan hebahan umum. Peserta juga dibimbing oleh staf yang bertugas untuk mengedit semula resume mengikut data terkini pemohon

Kelas berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali