Asas Website bersama peserta Ujian Penilaian Jawatan Kosong Atas Talian e-Pengambilan PDRM dan e-Recruitment
6 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 5 Ogos 2021 lepas, telah berlangsungnya sesi bimbingan peserta untuk menduduki mengisi jawatan kosong secara atas talian dalam portal e-Pengambilan PDRM dan e-Recruitment. Peserta ini adalah terdiri daripada 2 orang belia dari Kampung Rajang. Pengisian jawatan kosong ini berdasarkan jawatan yang telah diiklankan dan email dan media sosial. Kelas berlangsung sekitar jam 12.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: